Tuesday 10 September 2013

KESUSAHAN DAN KESENANGAN UJIAN ALLAH

Kesusahan dan kesenangan dalam hidup adalah ujian yang diturunkan Allah,
Jika ditimpa kesulitan dalam hidup, jangan anggap tidak disayangi Allah,
Jika diberikan kesenangan tidak bermakna boleh bersuka ria menyambutnya.

Kadangkala kesulitan itu adalah ujian yang ditimpakan Allah sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang kita lakukan dalam hidup.
Dosa itu tidak semestinya dikifarahkan dengan amalan solat, zakat, dan haji, sebaliknya dengan menguatkan kesabaran ketika menghadapi kesukaran.

Jangan putus asa ketika berdepan dengan kesusahan kerana itu bermakna kita berputus asa terhadap Allah, berdosa besar hukumnya.

Peringatan ini seperti yang dijelaskan Allah dalam firmanNya:
"Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah keranan sesungguhnya hanya kaum yang kafir yang berputus asa daripada rahmat Allah" (Yusuf : 87)

Justeru, ingatlah bahawa orang yang berjaya merentasi segala dugaan, baik kesenangan, mahupun kesulitan adalah orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment