Assignments

KEMAHIRAN BELAJAR DAN MEMBUAT NOTA

Definisi Nota

~Bahan yang dicatat oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
~Mencatat nota adalah satu seni
~Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan amat berkesan dalam proses pembelajaran

Mengapa perlu membuat nota????

~ Untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau sedang membaca
~Membantu mengimbau kembali apa yang telah dipelajari
~ Kaedah yang berkesan untuk pengukuhan
~ Merupakan rekod kekal untuk diingati
~ Membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan

Cara Membuat Nota

# Anotasi
# Nota Rumusan
# Nota Garis Lingkaran
#Nota Berjadual

Anotasi (Annotatioan)

* Catatan atau contengan ringkas di dalam buku, artikel, modul
* Dalam bentuk garisan, highlighting, tanda soal, bulatan, atau sebarang tanda-tanda lain
* Boleh juga guna tampalan kertas atau pelekat

Nota Garis Lingkaran (Outline Notes)

^ Hanya menggunakan kata kunci atau frasa
^ Juga dalam bentuk nombor, tajuk, dan tajuk kecil
^ Jika anda ingin sesuatu yang lebih konkrit, bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menggunakan sengkang, peluru atau angka Roman

Nota Bentuk Jadual (Column Notes)

# Biasa digunakan untuk subjek matematik dan sains
# Dan biasanya digunakan juga untuk membaca membeza sesuatu tajuk

Nota Rumusan ( Summary Notes)

* Tertumpu kepada rumusan sesuatu teks
* Ditulis dalam bentuk peremggan
* Maklumat dikecilkan atau diringkaskan




REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja ini iaitu Kemahiran Belajar dengan lengkap walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Apabila soalan tugasan ini diserahkan pada saya, perasaan saya amat gembira dan teruja sekali kerana inilah kali pertama saya membuat tugasan kerja ini di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

      Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah merujuk kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Hamzah Bin Dollah. Saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh Encik Hamzah, saya juga telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan.

      Saya cuba mencari bahan-bahan rujukan yang sahih untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut, saya mengunjungi Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur dan saya juga telah berjay mendapatkan sebuah buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya iaitu Kemahiran Belajar bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga mencari maklumat melalui laman sesawang. Saya juga mengalami kekangan dalam mencari maklumat dalam laman sesawang yang saya tidak tahu sejauh mana kesahihannya. Bagi mengatasi masalah ini, saya hanya mencari laman sesawang yang dinyatakan namanya dan menerangkan dari mana sumbernya.

       Saya juga melakukan tugasan ini secara berkumpulan bersama rakan-rakan dan saya juga berkongsi sumber rujukan dan bertukar maklumat bersama rakan-rakan. Hal ini dapat permudahkan lagi dalam melaksanakan tugasan kerja ini.

       Bagi tugasan penyediaan slaid powerpoint, saya menggunakan aplikasi 'Microsoft Powerpoint' untuk memaparkan tajuk-tajuk yang terpilih dengan jelas dan menarik. Saya juga mengalami kekeliruan dalam membuat slaid powerpoint. Mujur ada rakan-rakan yang membantu dan menerangkan serba sedikit kepada saya cara-cara menggunakan slaid powerpoint bagi tajuk-tajuk yang terpilih seperti kemahiran belajar dan membuat nota.

       Sebagai bakal seorang guru, pengurusan masa juga amat penting. Masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian menghalang saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan pantas. Jadi, saya perlu membahagikan masa dengan betul dengan penyediaan jadual waktu mengikut kepentingan agar tugasan kerja ini dapat dilakukan dengan sempurna.

      Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya mendapati kemahiran membuat nota amat penting, Hal ini kerana, dapat meringkaskan setiap isi-isi penting bagi sesuatu tajuk. Seperti yang kita ketahui, membuat nota adalah seni. Pelbagai bentuk yang boleh kita buat apabila ingin mencatat nota seperti peta minda. Peta minda juga dapat membantu saya dalam mengingati sesuatu nota dengan mudah.

     Akhir sekali, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaaan kepada Encik Hamzah yang telah banyak membantu saya dan sentiasa mengingatkan saya tentang tugasan ini. Di sudut hati saya juga, saya bangga mempunyai seorang pensyarah yang begitu menitikberatkan tentang kemahiran belajar. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment