Monday 2 December 2013

Friday 27 September 2013

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Penetapan Matlamat Diri dan Akademik


  • Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana ia sama penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira, iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan kepada anak-anak kita yang masih kecil.
  • Penetapan metlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak.
  • Matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik dari matlamat yang mudah.
  • Penepatan maklumat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak.

Kepentingan Pengurusan Masa

  1. Sebagai alat mencapai matlamat
  2. Dapat menggunakan masa secara optimum
  3. Menghindari masalah stress atau tekanan
  4. Mencapai kepuasan diri
  5. Menghindari kebimbangan
  6. Memberikan motivasi
Langkah-Langkah Penghayatan
  1. Perancangan jadual belajar
  2. Menyediakan jadual belajar
  3. Peningkatan produktiviti
  4. Pengukuran prestasi

Monday 23 September 2013

SoAl HaTi

Bismillahirrahmanirrahim.....................
  • Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala, hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa
  • Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu"
  • Dosa ialah 'virus' yang menyebabkan hati sakit. Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.
  • Apabila 'raja' (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya dan naiklah 'penjahat' (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.
  • Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan"(Surah Yusuf 12:53)

Tuesday 10 September 2013

KESUSAHAN DAN KESENANGAN UJIAN ALLAH

Kesusahan dan kesenangan dalam hidup adalah ujian yang diturunkan Allah,
Jika ditimpa kesulitan dalam hidup, jangan anggap tidak disayangi Allah,
Jika diberikan kesenangan tidak bermakna boleh bersuka ria menyambutnya.

Kadangkala kesulitan itu adalah ujian yang ditimpakan Allah sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang kita lakukan dalam hidup.
Dosa itu tidak semestinya dikifarahkan dengan amalan solat, zakat, dan haji, sebaliknya dengan menguatkan kesabaran ketika menghadapi kesukaran.

Jangan putus asa ketika berdepan dengan kesusahan kerana itu bermakna kita berputus asa terhadap Allah, berdosa besar hukumnya.

Peringatan ini seperti yang dijelaskan Allah dalam firmanNya:
"Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah keranan sesungguhnya hanya kaum yang kafir yang berputus asa daripada rahmat Allah" (Yusuf : 87)

Justeru, ingatlah bahawa orang yang berjaya merentasi segala dugaan, baik kesenangan, mahupun kesulitan adalah orang yang berjaya di dunia dan akhirat.